Sabtu, 18 Mac 2017

CERPEN: KEMBALIKAN BIDADARIKU

Tiga minggu lalu...

 ''Kau memang tak guna!!'' jerit Aryan sambil melepaskan tumbukan padunya.

   '' Aku minta maaf. Aku tak boleh nak teruskan hubungan aku dengan dia. Aku terlalu cintakan Raina.'' jawab Rafique yang tidak bermaya selepas terkena tumbukan Aryan. Rasa nak patah gigi dia.

   ''Ooo..Terlalu cintakan Raina. Habis, cinta Safina tu apa? Cinta monyet?!!'' Tengking Aryan. Sungguh dia tidak menyangka Rafique sanggup mempermainkan orang yang dia sayang. Terasa dia dipermainkan oleh sahabat baiknya sendiri.

   ''Aku terpaksa Aryan. Aku terpaksa.''

  ''Terpaksa apa?!! Kau ni memang tak hargai apa yang aku korbankan untuk kau kan. Aku sanggup lepaskan Safina sebab kau kata kau cintakan dia. Ni, bila aku dah lepaskan dia, kau pulak mainkan dia. Kau ni manusia yang tak kenang budikan. Menyesal aku ada kawan macam kau.!!''

   Perbuatan Rafique betul-betul mencabar kesabaran dia. Aryan rasa dialah manusia paling bodoh kerana sanggup melepaskan orang yang dia sayang separuh mati kepada manusia yang letak otak di lutut. Bukan otak kat lutut tapi saraf otak tu terpergi kat lutut gamaknya.

  ''Kau dengar betul-betul Rafique. Mulai dari hari ni, kau bukan kawan aku. Kau jangan cari aku lagi kalau kau ada masalah. And for your information, mulai dari hari ni jugak, aku akan cuba dapatkan semula hati Safina. Dan kalau aku berjaya, kau jangan tunjuk muka kau depan dia dan aku. Kalau kau tunjukkan muka kau jugak, nahas kau.''

                              ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Aryan memberhentikan kereta Lamborghininya di Taman Tasik Titiwangsa. Di sini, tempat yang selalu dia luahkan apa yang terpendam di dalam hatinya dan di sini jugalah tempat di mana dia telah melukakan hati seorang perempuan yang disayanginya. Hanya kerana demi kawan, dia sanggup buat hati perempuan itu menangis. Sudah tiga minggu berlalu, tapi dia masih tak dapat melupakan betapa teruknya kawannya itu dibelasah oleh dirinya sendiri.

   Aryan mula pejamkan matanya sambil menghirup udara yang nyaman.Tiba-tiba dia teringatkan kenangan dulu. Kenangan yang menyakitkan hatinya dan orang yang disayangnya itu.

 ''Fina maafkan abang. Abang terpaksa putuskan hubungan kita.''

 ''Tapi kenapa bang? Apa salah Fina sampai abang nak putuskan hubungan ni? Abang ada perempuan di hati abang ke?'' kata Safina sambil menahan sebak. Terlalu perit untuk menerima hakikat itu.

 ''Fina tak salah apa-apa dengan abang dan abang tak curang dengan Fina. Cuma abang takut, Fina akan kecewa.''

 Sambil mengelap airmata Safina menjawab '' Baik, kalau itu yang abang nak. Fina turutkan. Tapi boleh tak kalau kita jadi kawan.''

 ''Sure..Kita boleh jadi kawan karib maybe lebih kepada abang atau adik angkat.'' kata Aryan sambil tersenyum.

Tut..tut.

   Aryan yang sedang mengelamun tersentak apabila I-phonenya berdering.

  ''Salam, Aryan ni aku Fasha, Kau boleh tolong aku tak?''

  ''Waalaikummussalam, hah Fasha ada apa call aku ni?''

  ''Kau boleh tak pujuk Fina ni. Dari tadi dalam bilik je. Stress tau aku tengok dia ni. Dahlah asyik menangis je tahu. Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi dah ni.'' 

  ''Hmm..ok. Kejap lagi aku sampai kat rumah kau. Tolong tengokkan Fina tu dulu. Bye.''

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

' Apa salah aku? Sampai dia sanggup tinggalkan aku?' Itu sahaja ayat yang selalu bermain di fikirannya sejak Rafique minta putus hubungan dengannya. Kini, Safina seperti mayat hidup. Muka pucat, mata dah macam mata panda akibat tak tidur dan banyak menangis.

    ''Fina.. Sudah-sudahlah tu, aku tengok kau ni macam nak bunuh diri secara sembunyi tau tak. Takkanlah pasal Rafique, kau nak jadi macam ni. Dah hampir empat minggu, kau macam ni. Termenung je, kalau tak termenung mulalah buat drama air mata.'' bebel Fasha, kawan serumah Safina. 

   Safina hanya buat pekak. Seperti sebelum ni, kalau Fasha bebel ibarat angin lalu di telinga je. Kadang-kadang dia rasa si Fasha ni boleh digelarkan ratu bebel yang terhebat di dunia. Bila tak kena je di mata Fasha, mulalah sesi membebel.

   Fasha mula bercekak pinggang.'Eh minah ni, aku bagi dia nasihat. Dia boleh pulak buatdo no. Haishh..sabar je lah bila ada housemate macam dia ni.' rungut Fasha yang tidak puas hati dengan Safina.

   Fasha mula berura-ura hendak keluar dari bilik Safina. Melihat keadaan Safina yang macam tak nak layan dia, dia rasa baik dia keluar dari bilik dan beri sedikit ketenangan kepada Safina. Mungkin itu jalan yang terbaik daripada dia dok tercongok macam patung cendana dalam bilik itu.

  ''Oh ya, sebelum aku keluar ni, aku nak bagitahu kau yang Aryan ada dekat luar rumah tengah tunggu kau. Kalau ya pun kau tengah nak layan feeling sedih kau tu, tolonglah keluar kejap. Aku kesian tengok Aryan tu. Dah lama dia tunggu kau dekat luar tu.Keluar ya.'' Kata Fasha dengan penuh harap.

  ''Hmm...'' Hanya itu sahaja yang dibalas oleh Safina. Fasha mengeluh. 'Harap Aryan dapat kembalikan Safina yang dulu. Aku tak nak kawan aku macam ni.'' Doa Fasha dalam hati.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''Assalamualaikum, Fina.'' Aryan mengucapkan salam apabila dia ternampak kelibat Safina.

   ''Waalaikummussalam. Kenapa abang datang ke sini?'' tanya Safina dengan suara yang serak.

   ''Abang nak lawat Fina. Ni, ada buah tangan sikit untuk Fina dengan Sha.'' jawab Aryan sambil hulurkan buah tangan.Safina hanya mengambil.

    ''Err.. Fina, jom kita keluar nak?''

    ''Fina sibuklah bang..'' Sebenarnya dia bukannya sibuk tapi dia sengaja cakap macam tu sebab dia nak lari diri dari Aryan.

     ''Fina sebenarnya tak sibukkan. Fina nak lari dari abangkan? Benci sungguh ya Fina dekat abang.Tak pelah kalau tak nak keluar dengan abang. Abang tahu abang ni tak layak untuk perempuan macam Fina. Fina terlalu baik dan sepatutnya hati Fina tu tak boleh disakiti oleh mana-mana lelaki termasuk abang.'' luah Aryan.

    Safina hanya terdiam mendengar luahan hati Aryan dan mengeluh. 'Hai.. waktu aku nak larikan diri dari dialah baru nak buat ayat feeling sedih-sedih. Hati aku ni dah lah jenis cepat tersentuh kalau buat ayat macam tu.'

    ''Hmm..kalau macam tu bagi Fina 10 minutes untuk bersiap.'' jawab Safina lalu masuk ke dalam rumah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''Abang, nak bawak Fina pergi mana ni?'' tanya Safina sambil menuju ke arah kereta Lamborghini Gallardo Spyder milik Aryan.

   ''Abang ingat abang nak bawak Fina keluar tengok wayanglah.'' jawabnya sambil tersengih macam kerang belum mandi a.k.a kerang busuk.

    Safina mengangkat keningnya. Perasan nak jadi macam Ziana Zain lah tu. 'Eh, mamat ni takkan nak tengok wayang waktu bulan puasa macam ni kot?'

  ''Abang.. ni bulan puasa. Takkan nak pergi tengok wayang kot. Orang lain sibuk beli baju raya, kita pulak sibuk tengok wayang. Macam tak de kerja lain dah nak dibuat.'' rungut Safina yang tidak puas hati dengan cadangan Aryan.

     Aryan tersenyum. Lega hatinya bila mendengar kata-kata Safina. Kalau dulu Safina macam mayat hidup, kini tidak lagi. Sudah mula ceria seperti sediakala.

   ''Kalau Fina rasa idea abang tu tak ok, Fina bagilah idea kita keluar nak buat apa hari ni? Hmm..bolehkan.?'' tanya Aryan.

    'Eh, mamat ni. Bukan tadi dia ke yang ajak aku beria-ria nak keluar hari ni. Siap bagi ayat luahan hati pulak tu.' desis Safina. Tiba-tiba dia mendapat idea nak kenakan si Aryan.

    ''Kalau ikutkan hati Fina, Fina nak beli baju. kasut, tudung, kuih dan macam-macam lagilah untuk raya ni. Tapi Fina mana ada duit nak beli semua tu. So.. apa kata kita balik sajalah. Nak?'' tanya Safina dengan membuat muka sedih.

    Aryan hanya tersenyum. Dia tahu dia sedang dikenakan oleh Safina. 'Tak pe Fina, abang sanggup buat apa sahaja kalau itu yang boleh buat Fina bahagia dari terus ingatkan Rafique tak guna tu.' desis Aryan.

   ''Alaa.. ruginya kalau Fina dah bagi idea macam tu. Abang baru ingat nak ajak Fina pergi beli semua benda yang Fina cakap tu. Tapi, apa boleh buat dah Fina bagi idea macam tu. Abang ikutkan ajelah.''

   Safina yang mendengar terus membuntangkan mata. 'Waduh..ruginya kalau aku tak ambil peluang ni. Orang dah belanja tu. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.'

  Dengan muka yang tak bersalah plus buat-buat muka comel, Safina cuba memujuk Aryan.'' Err..kalau abang dah cakap macam tu, Fina rasa tak payahlah kita balik rumah. Jomlah..'' rengek Safina.

   ''Aikk..tadi bukan Fina kata nak balik ke?''

   ''Alaa.. tak jadilah bang. Sebab bila difikirkan balik, mana ada sapa-sapa kat rumah tu. Fasha pergi dating ngan Faizal. Bosanlah Fina kalau tinggal kat rumah sorang-sorang.Please bang..'' pujuk Safina sambil kelip-kelipkan mata. Mana tau, dengan cara itu dia dapat pujuk Aryan.

   Aryan ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala. Nakal sungguh Safina ini. ''Ok, ok. Abang ikutkan je apa yang Fina nak. Janji Fina happy.''

  ''Yes.. Thanks bang.'' Terlonjak gembira Safina bila mendengar kata-kata Aryan.

  ''Aik..thanks je ke? Kiss tak de?'' Kata Aryan nakal.

  Safina memandang tajam ke arah Aryan.''Sekeh karang nak?!!''

  Aryan ketawa. Suka melihat wajah Safina yang sedang menahan marah apabila diusik.Hatinya mula diulit bahagia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Rafique berjalan-jalan dalam Midvalley dengan tanpa hala tuju. Dia sebenarnya bukannya berminat pergi ke Midvalley ni sebab biasalah kalau pergi time-time macam ni selalunya suasana agak sesak sikit. Waktu last minuteslah baru nak beli baju rayalah, kuih rayalah dan macam-macam lagilah. Dia datang sini sebenarnya nak tenangkan fikirannya.Masih terngiang-ngiang lagi ugutan Aryan ditelinganya walaupun benda itu sudah berlaku tiga minggu lalu.

    ''Kau dengar betul-betul Rafique. Mulai dari hari ni, kau bukan kawan aku. Kau jangan cari aku lagi kalau kau ada masalah. And for your information, mulai dari hari ni jugak, aku akan cuba dapatkan semula hati Safina. Dan kalau aku berjaya, kau jangan berani lagi tunjuk muka kau depan dia dan aku. Kalau kau tunjukkan muka kau jugak, nahas kau.''

    Rafique mengeluh. Kalau tak kerana Raina hadir semula dalam hidup dia, mungkin sekarang ini dia dah bahagia bersama Safina. Kehadiran Raina yang muncul semula dalam hidup dia, membuatkan hati dia tidak tenteram. Sedang dia leka berjalan, tiba-tiba mata dia tertancap pada sekujur tubuh yang sedang asyik bergelak ketawa bersama seorang lelaki disampingnya. Itu Safina dengan Aryan!!

    Tanpa disangka juga, Safina turut mengalihkan pandangan ke arah Rafique apabila terasa dirinya menjadi tenungan oleh seseorang. Mulut Safina sedikit terbuka. Mata mereka bertaut. Segera Safina mengalih pandang ke arah lain. Dia mengajak Aryan keluar dari Midvalley. Sakit hatinya masih berbekas dan kalau boleh buat masa sekarang ini, dia tidak ingin melihat wajah itu. Wajah yang menyebabkan hidupnya merana.

    Rafique berlari dan ingin mengejar Safina. Ramai orang terpinga-pinga melihat Rafique yang berlari keluar dari Mivalley dengan segera. 

    ''Fina.. nanti dulu.'' laung Rafique. Cuba mengejar rentak kaki Safina yang semakin melaju. Safina tidak peduli dengan laungan itu. Kakinya cepat sahaja menuju ke arah kereta Aryan.

   "Fina..!!'' jerit Rafique. Safina tidak mempedulikannya. Segera ingin melangkah masuk tapi dihalang oleh Aryan. Safina memandang Aryan. Aryan hanya menggelengkan kepala.

    ''Kenapa abang halang Fina masuk dalam kereta ? Abang tahukan Fina tak boleh jumpa dia.'' tanya Safina dengan suara yang tertahan-tahan dari menangis.

    ''Fina. Listen to me. Kita dengar dulu apa yang dia nak cakap. Ok..?'' pujuk Aryan. Safina hanya menganggukkan kepala.

    ''Fina..Fina, Rafique nak explain sesuatu kat Fina.'' kata Rafique dengan nafas yang tercungap-cungap kerana letih mengejar Safina.

    Aryan memandang tajam ke arah Rafique. '' Kau nak explain apa lagi Que? Tak puas lagi ke hati kau untuk sakitkan hati Safina..Hah?!!"

   ''Fina..Que nak minta maaf sebab sakitkan hati Fina. Tapi Que buat macam tu ada sebab...''

    Belum sempat Rafique habiskan ayatnya, Safina pantas memotong percakapannya.'' Sebab? Sebab nak buat Fina ni macam barang mainan Que macam tu?'' kata Fina dengan sinis.

    ''Bukan.. Que buat macam tu sebab Que terlalu cintakan Raina. Dia dulu ex-girlfriendQue tapi bila muncul semula, hati Que tak tenang, fikiran Que selalu teringatkan dia..Sebab tu Que fikir lebih baik kita putus dari ada hubungan tapi teringatkan Raina..'' Sayu suara Rafique.

    ''Huh..sudahlah Rafique Helmi. Ayat Que ni selalu Fina baca dalam novel.Bagi Fina.. alasan yang Que buat tu alasan paling lapuk. Dah muak untuk didengar.Sudahlah, Fina tak nak dengar apa-apa lagi alasan Que. Yang dah jadi tu biarlah terjadi. And for your information, tak lama lagi Fina akan  langsungkan majlis pertunangan dengan Aryan.'' Safina mengetap bibir. 'Mak aihh..ni pengakuan berani mati yang pernah aku buat. Maafkan Fina, abang sebab jadikan abang kambing hitam dalam hal ni.''

     Aryan yang mendengar terus membuntangkan mata. Terkejut!. 'Biar betul Fina ni, tak masuk meminang tiba-tiba terus bertunang. Merisik pun tak lagi. Ahh..tak pe lah senang sikit kerja aku.'

    Rafique yang mendengar juga terkejut. Pengakuan Safina yang baru didengari tadi membuatkan hati sakit bagai tertusuk bagai sembilu. Tapi kenapa? Kenapa dia harus rasa begitu? Bukankah dia yang mula-mula putuskan hubungannya dengan Safina.

    Rafique menarik nafas sebelum berkata.''Oo..kalau macam tu Que harap Fina bahagia dengan Aryan sampai hujung nyawa and Aryan, aku harap kau dapat jaga Fina dengan baik. Jangan jadi macam aku yang telah banyak melukakan hati Fina.'' ujar Rafique sambil tersenyum hambar dan memandang Safina mungkin untuk terakhir kalinya.

    Safina tidak menunggu dengan lebih lama terus masuk ke dalam kereta. Dia takut airmatanya akan tumpah bila-bila masa sahaja. Dia tak nak Rafique melihat dia menangis.

    Rafique yang memandang Safina hanya mengeluh, dia tahu Safina terlalu bencikannya. Baik dia beredar dari situ. Buat apa lagi dia untuk terus menunggu di situ. Hanya boleh menyakitkan hatinya lagi adalah.

    Aryan hanya memandang sahaja Rafique yang berlalu pergi. Pelbagai persoalan sedang sedang bermain di benaknya itu.





Rafique Helmi =)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bukit Antarabangsa menjadi destinasi pilihan Aryan untuk Safina menenangkan hatinya yang sedang berkecamuk. Angin yang berhembus kuat dapat menenangkan sedikit hati Safina, Air mata yang menitis laju menuruni di pipinya. Biarlah buat kali terakhir air mata ini menuruni pipi. Selepas ini, dia sudah tidak mahu bersedih. Cukuplah selama ini dia memendam rasa. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajahnya. Langit yang mendung menunjukkan tidak lama lagi hujan akan turun. Safina menarik nafas dan menyeka air mata yang masih bersisa di pipi. Berpaling dan masuk semula ke dalam kereta.

  ''Fina..are you ok dear?'' risau Aryan melihat keadaan Safina yang tidak henti-henti menangis.

 ''I'm ok.'' perlahan Fina menjawab.

    ''Sekarang ni kita nak pergi mana?'' tanya Aryan sambil memandang Safina yang sudah bengkak matanya.

    ''Fina nak balik abang.''

    ''Ok.'' sepatah sahaja Aryan menjawab. Dia tidak mahu Safina berasa tertekan.

 Di dalam kereta, mereka bagaikan orang bisu. Hanya lagu di corong radio sahaja yang berkumandang. Tiba-tiba lagu Galau yang dinyanyi oleh kumpulan Five Minutes berkumandang. Lagu ni favourite Aryan tapi lagu ni lagu paling sedih buat Safina.Sebak hati Safina mendengarnya. Lagu ini seperti ditujukan khas untuk dirinya. 

Five Minutes
Galau

 Katakan saja, jangan kau sembunyikan
Bila diriku tak lagi di hati
Kenanglah aku pernah singgah di hati
Mesti sekedar mengukir hatimu
Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Jangan katakan kisahmu saat ini
Karena bisa sakiti hatiku
Kenanglah aku pernah menjaga hatimu
Meski hanya kau dan aku yang tahu

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

(sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan) putus dengan aku
(sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku) galau

 'Tolonglah hati. Hentikan tangisan ini. Dia akan bahagia bersama Rania.' rayu Safina dalam hati. Aryan yang melihat berasa kasihan. Kalau boleh, dia mahu undurkan masa dan tidak mahu perkara ini berlaku. Tapi apa dayanya, dia hanya manusia biasa dan lemah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aryan memasuki rumah dengan wajah yang amat gembira. Selepas dia mendengar pengakuan Safina tadi, dia rasa dialah manusia paling hebat kerana dapat menawan hati Safina. Masih terngiang-ngiang di telinganya pengakuan Safina sebentar tadi.

''Abang, Fina nak minggu depan abang hantar rombongan meminang.'' kata Safina.

Aryan yang mendengar, terkejut. '' Biar betul Fina ni. Aku ingat dia main-main je tadi.''

Aryan mengeluh. ''Fina betul ke apa yang Fina cakap ni? Betul ke Fina nak kahwin dengan abang? Ke Fina buat macam ni sebab Rafique. Abang tak nak Fina kahwin dengan abang tapi hati Fina tak rela nak kahwin dengan abang. Nanti hanya buat hati Fina merana je.''

Safina memandang sekilas Aryan kemudian dia memandang ke depan.'' Fina rela bang. Bukan sebab nak balas dendam dekat Rafique, Fina nak kahwin dengan abang sebab....'' Safina tidak meneruskan ayatnya sebaliknya dia mengambil sesuatu dalam beg tangannya.

Aryan hanya melihat gelagat Safina. Dia masih tertanya-tanya kenapa Safina tidak meneruskan ayatnya. Apabila Safina mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya, mata Aryan terbuntang. Diari miliknya ada di tangan Safina!

''Ma..Macam mana Fina dapat diari abang ni?'' tergagap-gagap Aryan tanya Safina. Rahsianya telah terbongkar!

Safina hanya tersenyum sinis.''Macam mana Fina dapat? Fina dapat ni masa Fina datang rumah abang. Tapi waktu tu abang tak ada kat rumah. Fina sebenarnya nak jumpa auntietapi Fina tergerak hati nak pergi bilik abang. Fina tau Fina salah sebab menceroboh bilik peribadi abang dan ambil diari ni. Tapikan Fina tak sangka sebab dalam bilik abang tu penuh dengan gambar Fina ya. By the way, Fina suka sangat.''

Aryan tersenyum. ''Fina suka? Thanks..''

''Tapikan satu je Fina tak suka dengan abang.''

''Apa dia?''

''Kenapa bilik abang tu bersepah sangat. Macam rumah lepas Tom and Jerry gaduh ada, macam Kapal Titanic pun ada. Fina tak sukalah bilik bersepah. Menggelikan.'' kata Safina.

'' Alaa..anak teruna memang macam ni Fina. Auntie pun ada membebel macam Fina tapi abang buat derk je. Kecualilah kalau abang ada wife baru bilik abang bersih plus berseri. Hehehe...'' usik Aryan sambil menjeling Safina.

Safina terbatuk-batuk. 'Aihh..ayat dia ni macam nak suruh aku kahwin cepat ngan dia je. Tapi aku rasa macam seram pulak kalau nak kahwin dengan dia ni. Tengok perangai miang dia ni, naik bulu roma aku. Eee..simpang.'getus Safina

''Hmm..kalau macam tu kahwinlah cepat. Nanti bilik abang tu tak adalah tikus and the gengnak datang.''

''Abang on je kalau nak kahwin tapi orang tu dah sedia ke?'' tanya Aryan.

''Dah..'' dengan penuh selamba Safina menjawab. 'Ehh..jap tadi dia ada tanya aku yang aku dah sedia kahwin dengan diakan? Aku jawab dah. OMG..habislah aku!'

Safina menjeling Aryan dengan ekor matanya. Dia melihat Aryan tersengih-sengih sampai ke telinga. Boleh buat iklan gigi Colgate.

''Dah.. Alhamdulillah. Bolehlah abang minta auntie cepat-cepat hantar meminang and thenminta terus kahwin. Tak payah nak bertunang, Bertunang hanya buat abang seksa sebab nak tunggu lama sangat. Tak sabar nak peluk Fina hehehe...'' nakal Aryan menjawab. Safina yang mendengar nak termuntah rasanya.

''Hee...you are so naughty boy..''  jerit Safina.

''Naughty-naughty pun bakal suami awakkan..hehe..''

''Yarks..nak muntah dengar.'' kata Safina dengan gaya meluat. Sekali tengok macam minah gedik kena gigit dengan ulat beluncas.

''Whatever..'' balas Aryan selamba.

Safina dan Aryan berpandangan. Safina pandang Aryan. Aryan pandang Safina. Tidak sampai satu saat mereka ketawa. Bahagia!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''Aku terima nikahnya Safina Aulia Binti Ahmad Roziman dengan mas kahwin lapan ratus ringgit tunai.'' lafaz Aryan dengan penuh semangat.

Safina yang mendengar mengalirkan airmata. Bukan airmata sedih tetapi airmata yang penuh gembira. Dengan sekali lafaz, dia sudah menjadi permasuri sehidup-semati untuk seorang kaum Adam yang bernama Syed Adam Aryan. Sujud syukur dilakukan selepas upacara akad nikah. Tidak terucap kegembiraannya pada masa itu.

Selesai upacara bersanding, makan beradab bersama keluarga diadakan. Ketika enak menjamu selera, tiba-tiba datang seorang lelaki.

Aryan dan Safina hanya memandang. Tidak menegur. Diam seribu bahasa.

''Tahniah Fina, Aryan. I hope you all happy.'' ucap Rafique.

''Thanks.'' jawab mereka serentak.

''Aku datang sini nak kasi ni. Hadiah sempena perkahwinan korang. Harap korang terima hadiah tak seberapa dari aku.'' kata Rafique.

''Eh..setiap pemberian orang kami terima dengan ikhlas. Besar, kecil, mahal atau murah, kami tak kesah kan baby.'' kata Aryan seraya memeluk pinggang Safina.

Rafique yang melihat gelagat Aryan terasa sentap. Gelaran 'baby' menghiris hatinya. Kalau dia tak putuskan hubungannya dengan Safina dulu mungkin gelaran 'baby' tu dia yang akan cakap Dia tersenyum pahit bak hempedu. Apa yang dia boleh buat. Orang disayanginya telah dimiliki oleh sahabatnya sendiri. Tapi sebenarnya kalau tak kerana dia juga semua ni tidak akan terjadi.. Lebih baik dia pergi dari situ sebelum ada adegan-adegan yang boleh menyakitkan hatinya lagi.

''Hmm..Aryan, Fina. I have to go now. Takut terlepas flight.''

''Kau nak pergi mana Que?'' tanya Aryan dengan muka berkerut.

''Aku nak pergi sambung belajar kat UK.''

''How about your relay with your girlfirend?'' tanya Safina setelah lama mendiamkan diri.

Rafique hanya tersenyum hambar. ''Mungkin ni balasan Allah untuk Que sebab hancurkan hati seorang perempuan yang ikhlas cintakan Que. Que dah putus dengan dia. Dia ada orang lain. Rupanya selama ni Que sudah ditipu hidup-hidup dengan dia. Dia hanya nak duit Que je.''

Safina yang mendengar berasa belas kasihan. ''Mungkin itu ujian Allah untuk Que. Mana tau nanti Que jumpa perempuan yang lebih baik dari perempuan-perempuan yang pernah Que jumpa. Fina harap Que dapat bertemu dengan tulang rusuk Que.'' kata Safina sambil tersenyum.

''Thanks bagi kata-kata semangat kat Que.''

''Ehem-ehem..'' Aryan berdeham. Sebenarnya dia jealous melihat kemesraan yang ada dihadapannya. 'Sakit tau hati kita ni. Ingat orang ni patung cendana ke?' getus Aryan dengan muka cemberut bagaikan anak kecil tak dapat apa yang diminta. Elok sangatlah buat muka macam tu waktu hari bahagia. Orang selalu buat muka bahagia, dia buat muka masam macam asam kecut.

''Huk aloh..bro takkan kau nak jealous kot? Aku baru cakap sikit dengan your wife, kau nak jealous mengalahkan kami orang ni bermesra bagai. Payahlah Fina nak kena pujuk kau tiap-tiap hari..'' usik Rafique.

''Heay..mestilah aku kena jeles-meles. Dia bini aku tau.'' sakit pula hati dia bila diusik Rafique. Hilang machonya depan Safina.

Safina hanya tergeleng-geleng memandang dua sahabat yang bertekak manja itu. Manja ke? Agaknyalah. Gaduh-gaduh biasa je. Kejap lagi berbaiklah tu. Biasalah adab berkawan, memang macam tu kan? Apapun dia bersyukur sangat kerana dia sudah memiliki seorang suami yang selama ini dianggap sebagai abang angkat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5 bulan kemudian...

''B!!'' jerit Fina.

''Ye..baby. Kenapa ni? nak bersalin dah ke? Jap-jap B pergi ambil kunci kereta jap.''

Safina ketawa melihat gelagat Aryan yang hyper kalut tu.

''B..sinilah baby nak bagi sesuatulah.''

''Ya Allah..baby ni saja je kan nak takutkan B? nasib baik B tak sakit jantung tau tak.'' Hah ni lagi sorang ikut perangai Fasha alaa..ex housematenya dulu. Kuat membebel. Sejak dia hamil ni, ada saja Aryan nak membebel. Jangan anak dalam perut ni ikut perangai macamdaddy dia sudahlah. Tak tahan mummy ni nak tadah telinga.

Oh ya..cakap pasal Fasha, dia dah kahwin dengan pilihan hatinya. Handsome jugahusband dia tu tapi tak boleh tandinglah dengan dia punya husband. Lagi handsome plusromantik.

''Baby..Dari tadi B tanya apa benda yang baby nak bagi kat B ni?'' tanya Aryan .

''Ni hah..ada kad undangan dari Rafique. Dia dah nak kahwin. Takkan kawan baik B tu tak bagitahu?''

''Tak adalah pula. Mungkin dia nak buat kejutan untuk kita kot. tapi Alhamdulillah. Dapat juga dia jumpa jodoh dia tu kan baby?''

''Hmm..that's right B.. Setelah apa yang telah dilalui oleh kita dulu, dapat juga kita bertemu kebahagiaankan B'' kata Safina sambil menyandarkan kepalanya di bahu Aryan.

''Yes..and tak lama lagi ada orang baru yang akan menambahkan lagi kebahagiaan kita ni.'' kata Aryan sambil mengusap perut Safina yang mula menunjukkan bentuk. Safina hanya tersenyum.

'Terima kasih Allah kerana beri kebahagiaan yang tak terucap ini kepadaku. Aku harap kebahagiaan ini akan kekal hingga ke Jannah dan Aku berharap selepas ini tiada derita yang akan mengikuti perjalananku lagi. Amin..' doa Safina dalam hati.




*p/s: kalau ada apa-apa kesalahan atau perasaan tidak puas hati, sila beritahu saya. Saya hanya budak baru belajar. Smile always. =)

+harap anda semua dapat tinggalkan komen.. tunggu yuni buat cerpen lain pulak..tata.. =)