Tiga minggu lalu...
''Kau memang tak guna!!'' jerit Aryan sambil melepaskan tumbukan
padunya.
'' Aku minta maaf.
Aku tak boleh nak teruskan hubungan aku dengan dia. Aku terlalu cintakan
Raina.'' jawab Rafique yang tidak bermaya selepas terkena tumbukan Aryan. Rasa
nak patah gigi dia.
''Ooo..Terlalu
cintakan Raina. Habis, cinta Safina tu apa? Cinta monyet?!!'' Tengking Aryan.
Sungguh dia tidak menyangka Rafique sanggup mempermainkan orang yang dia
sayang. Terasa dia dipermainkan oleh sahabat baiknya sendiri.
''Aku terpaksa
Aryan. Aku terpaksa.''
''Terpaksa apa?!! Kau ni
memang tak hargai apa yang aku korbankan untuk kau kan. Aku sanggup lepaskan
Safina sebab kau kata kau cintakan dia. Ni, bila aku dah lepaskan dia, kau
pulak mainkan dia. Kau ni manusia yang tak kenang budikan. Menyesal aku ada
kawan macam kau.!!''
Perbuatan Rafique
betul-betul mencabar kesabaran dia. Aryan rasa dialah manusia paling bodoh
kerana sanggup melepaskan orang yang dia sayang separuh mati kepada manusia
yang letak otak di lutut. Bukan otak kat lutut tapi saraf otak tu terpergi kat
lutut gamaknya.
''Kau dengar betul-betul
Rafique. Mulai dari hari ni, kau bukan kawan aku. Kau jangan cari aku lagi
kalau kau ada masalah. And for
your information, mulai dari hari ni jugak, aku akan cuba dapatkan
semula hati Safina. Dan kalau aku berjaya, kau jangan tunjuk muka kau depan dia
dan aku. Kalau kau tunjukkan muka kau jugak, nahas kau.''
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aryan
memberhentikan kereta Lamborghininya di Taman Tasik Titiwangsa. Di sini, tempat
yang selalu dia luahkan apa yang terpendam di dalam hatinya dan di sini jugalah
tempat di mana dia telah melukakan hati seorang perempuan yang disayanginya.
Hanya kerana demi kawan, dia sanggup buat hati perempuan itu menangis. Sudah
tiga minggu berlalu, tapi dia masih tak dapat melupakan betapa teruknya
kawannya itu dibelasah oleh dirinya sendiri.
Aryan mula pejamkan
matanya sambil menghirup udara yang nyaman.Tiba-tiba dia teringatkan kenangan
dulu. Kenangan yang menyakitkan hatinya dan orang yang disayangnya itu.
''Fina maafkan abang. Abang
terpaksa putuskan hubungan kita.''
''Tapi kenapa bang? Apa
salah Fina sampai abang nak putuskan hubungan ni? Abang ada perempuan di hati
abang ke?'' kata Safina sambil menahan sebak. Terlalu perit untuk menerima
hakikat itu.
''Fina tak salah apa-apa
dengan abang dan abang tak curang dengan Fina. Cuma abang takut, Fina akan
kecewa.''
Sambil mengelap airmata
Safina menjawab '' Baik, kalau itu yang abang nak. Fina turutkan. Tapi boleh
tak kalau kita jadi kawan.''
''Sure..Kita
boleh jadi kawan karib maybe lebih kepada abang atau adik angkat.''
kata Aryan sambil tersenyum.
Tut..tut.
Aryan yang sedang
mengelamun tersentak apabila I-phonenya berdering.
''Salam, Aryan ni aku
Fasha, Kau boleh tolong aku tak?''
''Waalaikummussalam, hah
Fasha ada apa call aku ni?''
''Kau boleh tak pujuk Fina
ni. Dari tadi dalam bilik je. Stress tau aku tengok dia ni. Dahlah asyik
menangis je tahu. Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi dah ni.''
''Hmm..ok. Kejap lagi aku
sampai kat rumah kau. Tolong tengokkan Fina tu dulu. Bye.''
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
' Apa salah aku? Sampai dia
sanggup tinggalkan aku?' Itu sahaja ayat yang selalu bermain di fikirannya
sejak Rafique minta putus hubungan dengannya. Kini, Safina seperti mayat hidup.
Muka pucat, mata dah macam mata panda akibat tak tidur dan banyak menangis.
''Fina..
Sudah-sudahlah tu, aku tengok kau ni macam nak bunuh diri secara sembunyi tau
tak. Takkanlah pasal Rafique, kau nak jadi macam ni. Dah hampir empat minggu,
kau macam ni. Termenung je, kalau tak termenung mulalah buat drama air mata.''
bebel Fasha, kawan serumah Safina.
Safina hanya buat
pekak. Seperti sebelum ni, kalau Fasha bebel ibarat angin lalu di telinga je.
Kadang-kadang dia rasa si Fasha ni boleh digelarkan ratu bebel yang terhebat di
dunia. Bila tak kena je di mata Fasha, mulalah sesi membebel.
Fasha mula bercekak
pinggang.'Eh minah ni, aku bagi dia nasihat. Dia boleh pulak buatdo no.
Haishh..sabar je lah bila ada housemate macam dia ni.' rungut Fasha yang tidak
puas hati dengan Safina.
Fasha mula
berura-ura hendak keluar dari bilik Safina. Melihat keadaan Safina yang macam
tak nak layan dia, dia rasa baik dia keluar dari bilik dan beri sedikit
ketenangan kepada Safina. Mungkin itu jalan yang terbaik daripada dia dok tercongok macam patung cendana dalam
bilik itu.
''Oh ya, sebelum aku
keluar ni, aku nak bagitahu kau yang Aryan ada dekat luar rumah tengah tunggu
kau. Kalau ya pun kau tengah nak layan feeling sedih kau tu, tolonglah keluar kejap.
Aku kesian tengok Aryan tu. Dah lama dia tunggu kau dekat luar tu.Keluar ya.''
Kata Fasha dengan penuh harap.
''Hmm...'' Hanya itu
sahaja yang dibalas oleh Safina. Fasha mengeluh. 'Harap Aryan dapat kembalikan
Safina yang dulu. Aku tak nak kawan aku macam ni.'' Doa Fasha dalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
''Assalamualaikum, Fina.'' Aryan
mengucapkan salam apabila dia ternampak kelibat Safina.
''Waalaikummussalam.
Kenapa abang datang ke sini?'' tanya Safina dengan suara yang serak.
''Abang nak lawat
Fina. Ni, ada buah tangan sikit untuk Fina dengan Sha.'' jawab Aryan sambil
hulurkan buah tangan.Safina hanya mengambil.
''Err.. Fina,
jom kita keluar nak?''
''Fina sibuklah
bang..'' Sebenarnya dia bukannya sibuk tapi dia sengaja cakap macam tu sebab
dia nak lari diri dari Aryan.
''Fina
sebenarnya tak sibukkan. Fina nak lari dari abangkan? Benci sungguh ya Fina
dekat abang.Tak pelah kalau tak nak keluar dengan abang. Abang tahu abang ni
tak layak untuk perempuan macam Fina. Fina terlalu baik dan sepatutnya hati
Fina tu tak boleh disakiti oleh mana-mana lelaki termasuk abang.'' luah Aryan.
Safina hanya
terdiam mendengar luahan hati Aryan dan mengeluh. 'Hai.. waktu aku nak larikan
diri dari dialah baru nak buat ayat feeling sedih-sedih. Hati aku ni dah lah jenis
cepat tersentuh kalau buat ayat macam tu.'
''Hmm..kalau macam
tu bagi Fina 10
minutes untuk
bersiap.'' jawab Safina lalu masuk ke dalam rumah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
''Abang, nak bawak Fina pergi
mana ni?'' tanya Safina sambil menuju ke arah kereta Lamborghini Gallardo
Spyder milik Aryan.
''Abang ingat abang
nak bawak Fina keluar tengok wayanglah.'' jawabnya sambil tersengih macam
kerang belum mandi a.k.a kerang busuk.
Safina mengangkat
keningnya. Perasan nak jadi macam Ziana Zain lah tu. 'Eh, mamat ni takkan nak
tengok wayang waktu bulan puasa macam ni kot?'
''Abang.. ni bulan puasa.
Takkan nak pergi tengok wayang kot. Orang lain sibuk beli baju raya, kita pulak
sibuk tengok wayang. Macam tak de kerja lain dah nak dibuat.'' rungut Safina
yang tidak puas hati dengan cadangan Aryan.
Aryan
tersenyum. Lega hatinya bila mendengar kata-kata Safina. Kalau dulu Safina
macam mayat hidup, kini tidak lagi. Sudah mula ceria seperti sediakala.
''Kalau Fina rasa idea abang tu tak ok, Fina bagilah idea kita keluar nak buat apa hari ni?
Hmm..bolehkan.?'' tanya Aryan.
'Eh, mamat ni.
Bukan tadi dia ke yang ajak aku beria-ria nak keluar hari ni. Siap bagi ayat
luahan hati pulak tu.' desis Safina. Tiba-tiba dia mendapat idea nak kenakan si Aryan.
''Kalau ikutkan
hati Fina, Fina nak beli baju. kasut, tudung, kuih dan macam-macam lagilah
untuk raya ni. Tapi Fina mana ada duit nak beli semua tu. So.. apa kata kita
balik sajalah. Nak?'' tanya Safina dengan membuat muka sedih.
Aryan hanya
tersenyum. Dia tahu dia sedang dikenakan oleh Safina. 'Tak pe Fina, abang
sanggup buat apa sahaja kalau itu yang boleh buat Fina bahagia dari terus
ingatkan Rafique tak guna tu.' desis Aryan.
''Alaa.. ruginya
kalau Fina dah bagi idea macam tu. Abang baru ingat nak ajak
Fina pergi beli semua benda yang Fina cakap tu. Tapi, apa boleh buat dah Fina
bagi idea macam tu. Abang ikutkan ajelah.''
Safina yang
mendengar terus membuntangkan mata. 'Waduh..ruginya kalau aku tak ambil peluang
ni. Orang dah belanja tu. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.'
Dengan muka yang tak
bersalah plus buat-buat muka comel, Safina cuba
memujuk Aryan.'' Err..kalau abang dah cakap macam tu, Fina rasa tak payahlah
kita balik rumah. Jomlah..'' rengek Safina.
''Aikk..tadi bukan
Fina kata nak balik ke?''
''Alaa.. tak jadilah
bang. Sebab bila difikirkan balik, mana ada sapa-sapa kat rumah tu. Fasha pergi dating ngan Faizal. Bosanlah Fina
kalau tinggal kat rumah sorang-sorang.Please bang..'' pujuk Safina sambil
kelip-kelipkan mata. Mana tau, dengan cara itu dia dapat pujuk Aryan.
Aryan ketawa sambil
menggeleng-gelengkan kepala. Nakal sungguh Safina ini. ''Ok, ok. Abang ikutkan
je apa yang Fina nak. Janji Fina happy.''
''Yes.. Thanks bang.'' Terlonjak gembira Safina bila
mendengar kata-kata Aryan.
''Aik..thanks je ke? Kiss tak de?'' Kata Aryan nakal.
Safina memandang tajam ke
arah Aryan.''Sekeh karang nak?!!''
Aryan ketawa. Suka melihat
wajah Safina yang sedang menahan marah apabila diusik.Hatinya mula diulit
bahagia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rafique berjalan-jalan
dalam Midvalley dengan tanpa hala tuju. Dia sebenarnya bukannya berminat pergi
ke Midvalley ni sebab biasalah kalau pergi time-time macam ni selalunya suasana
agak sesak sikit. Waktu last
minuteslah baru nak
beli baju rayalah, kuih rayalah dan macam-macam lagilah. Dia datang sini
sebenarnya nak tenangkan fikirannya.Masih terngiang-ngiang lagi ugutan Aryan
ditelinganya walaupun benda itu sudah berlaku tiga minggu lalu.
''Kau dengar
betul-betul Rafique. Mulai dari hari ni, kau bukan kawan aku. Kau jangan cari
aku lagi kalau kau ada masalah. And for your information, mulai dari hari ni
jugak, aku akan cuba dapatkan semula hati Safina. Dan kalau aku berjaya, kau
jangan berani lagi tunjuk muka kau depan dia dan aku. Kalau kau tunjukkan muka
kau jugak, nahas kau.''
Rafique
mengeluh. Kalau tak kerana Raina hadir semula dalam hidup dia, mungkin sekarang
ini dia dah bahagia bersama Safina. Kehadiran Raina yang muncul semula dalam
hidup dia, membuatkan hati dia tidak tenteram. Sedang dia leka berjalan,
tiba-tiba mata dia tertancap pada sekujur tubuh yang sedang asyik bergelak
ketawa bersama seorang lelaki disampingnya. Itu Safina dengan Aryan!!
Tanpa disangka
juga, Safina turut mengalihkan pandangan ke arah Rafique apabila terasa dirinya
menjadi tenungan oleh seseorang. Mulut Safina sedikit terbuka. Mata mereka
bertaut. Segera Safina mengalih pandang ke arah lain. Dia mengajak Aryan keluar
dari Midvalley. Sakit hatinya masih berbekas dan kalau boleh buat masa sekarang
ini, dia tidak ingin melihat wajah itu. Wajah yang menyebabkan hidupnya merana.
Rafique
berlari dan ingin mengejar Safina. Ramai orang terpinga-pinga melihat Rafique
yang berlari keluar dari Mivalley dengan segera.
''Fina.. nanti
dulu.'' laung Rafique. Cuba mengejar rentak kaki Safina yang semakin melaju.
Safina tidak peduli dengan laungan itu. Kakinya cepat sahaja menuju ke arah
kereta Aryan.
"Fina..!!''
jerit Rafique. Safina tidak mempedulikannya. Segera ingin melangkah masuk tapi
dihalang oleh Aryan. Safina memandang Aryan. Aryan hanya menggelengkan kepala.
''Kenapa abang
halang Fina masuk dalam kereta ? Abang tahukan Fina tak boleh jumpa dia.''
tanya Safina dengan suara yang tertahan-tahan dari menangis.
''Fina. Listen to me. Kita dengar dulu apa
yang dia nak cakap. Ok..?'' pujuk Aryan. Safina hanya menganggukkan kepala.
''Fina..Fina,
Rafique nak explain sesuatu kat Fina.'' kata Rafique
dengan nafas yang tercungap-cungap kerana letih mengejar Safina.
Aryan
memandang tajam ke arah Rafique. '' Kau nak explain apa lagi Que? Tak puas lagi ke hati
kau untuk sakitkan hati Safina..Hah?!!"
''Fina..Que nak
minta maaf sebab sakitkan hati Fina. Tapi Que buat macam tu ada sebab...''
Belum sempat
Rafique habiskan ayatnya, Safina pantas memotong percakapannya.'' Sebab? Sebab
nak buat Fina ni macam barang mainan Que macam tu?'' kata Fina dengan sinis.
''Bukan.. Que
buat macam tu sebab Que terlalu cintakan Raina. Dia dulu ex-girlfriendQue tapi bila muncul
semula, hati Que tak tenang, fikiran Que selalu teringatkan dia..Sebab tu Que
fikir lebih baik kita putus dari ada hubungan tapi teringatkan Raina..'' Sayu
suara Rafique.
''Huh..sudahlah Rafique Helmi. Ayat Que ni selalu Fina baca dalam novel.Bagi
Fina.. alasan yang Que buat tu alasan paling lapuk. Dah muak untuk
didengar.Sudahlah, Fina tak nak dengar apa-apa lagi alasan Que. Yang dah jadi
tu biarlah terjadi. And for
your information, tak lama lagi Fina akan langsungkan majlis
pertunangan dengan Aryan.'' Safina mengetap bibir. 'Mak aihh..ni pengakuan
berani mati yang pernah aku buat. Maafkan Fina, abang sebab jadikan abang
kambing hitam dalam hal ni.''
Aryan yang
mendengar terus membuntangkan mata. Terkejut!. 'Biar betul Fina ni, tak masuk
meminang tiba-tiba terus bertunang. Merisik pun tak lagi. Ahh..tak pe lah
senang sikit kerja aku.'
Rafique yang
mendengar juga terkejut. Pengakuan Safina yang baru didengari tadi membuatkan
hati sakit bagai tertusuk bagai sembilu. Tapi kenapa? Kenapa dia harus rasa
begitu? Bukankah dia yang mula-mula putuskan hubungannya dengan Safina.
Rafique
menarik nafas sebelum berkata.''Oo..kalau macam tu Que harap Fina bahagia
dengan Aryan sampai hujung nyawa and Aryan, aku harap kau dapat jaga
Fina dengan baik. Jangan jadi macam aku yang telah banyak melukakan hati
Fina.'' ujar Rafique sambil tersenyum hambar dan memandang Safina mungkin untuk
terakhir kalinya.
Safina tidak
menunggu dengan lebih lama terus masuk ke dalam kereta. Dia takut airmatanya
akan tumpah bila-bila masa sahaja. Dia tak nak Rafique melihat dia menangis.
Rafique yang
memandang Safina hanya mengeluh, dia tahu Safina terlalu bencikannya. Baik dia
beredar dari situ. Buat apa lagi dia untuk terus menunggu di situ. Hanya boleh
menyakitkan hatinya lagi adalah.
Aryan hanya
memandang sahaja Rafique yang berlalu pergi. Pelbagai persoalan sedang sedang
bermain di benaknya itu.
Rafique Helmi =)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bukit Antarabangsa menjadi
destinasi pilihan Aryan untuk Safina menenangkan hatinya yang sedang
berkecamuk. Angin yang berhembus kuat dapat menenangkan sedikit hati Safina,
Air mata yang menitis laju menuruni di pipinya. Biarlah buat kali terakhir air
mata ini menuruni pipi. Selepas ini, dia sudah tidak mahu bersedih. Cukuplah
selama ini dia memendam rasa. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajahnya.
Langit yang mendung menunjukkan tidak lama lagi hujan akan turun. Safina
menarik nafas dan menyeka air mata yang masih bersisa di pipi. Berpaling dan
masuk semula ke dalam kereta.
''Fina..are you
ok dear?'' risau Aryan melihat keadaan Safina yang tidak
henti-henti menangis.
''I'm ok.''
perlahan Fina menjawab.
''Sekarang ni
kita nak pergi mana?'' tanya Aryan sambil memandang Safina yang sudah bengkak
matanya.
''Fina nak
balik abang.''
''Ok.''
sepatah sahaja Aryan menjawab. Dia tidak mahu Safina berasa tertekan.
Di dalam kereta, mereka
bagaikan orang bisu. Hanya lagu di corong radio sahaja yang berkumandang.
Tiba-tiba lagu Galau yang dinyanyi oleh kumpulan Five Minutes berkumandang.
Lagu ni favourite Aryan tapi lagu ni lagu paling sedih
buat Safina.Sebak hati Safina mendengarnya. Lagu ini seperti ditujukan khas
untuk dirinya.
Five Minutes
Galau
Katakan saja, jangan kau
sembunyikan
Bila diriku tak lagi di hati
Kenanglah aku pernah singgah di
hati
Mesti sekedar mengukir hatimu
*courtesy of lirik-lagu-dunia.blogspot.com
Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau
Jangan katakan kisahmu saat ini
Karena bisa sakiti hatiku
Kenanglah aku pernah menjaga
hatimu
Meski hanya kau dan aku yang tahu
Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau
Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau
(sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan) putus dengan
aku
(sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku) galau
'Tolonglah hati. Hentikan
tangisan ini. Dia akan bahagia bersama Rania.' rayu Safina dalam hati. Aryan
yang melihat berasa kasihan. Kalau boleh, dia mahu undurkan masa dan tidak mahu
perkara ini berlaku. Tapi apa dayanya, dia hanya manusia biasa dan lemah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aryan memasuki rumah dengan wajah
yang amat gembira. Selepas dia mendengar pengakuan Safina tadi, dia rasa dialah
manusia paling hebat kerana dapat menawan hati Safina. Masih terngiang-ngiang
di telinganya pengakuan Safina sebentar tadi.
''Abang, Fina nak minggu depan
abang hantar rombongan meminang.'' kata Safina.
Aryan yang mendengar, terkejut.
'' Biar betul Fina ni. Aku ingat dia main-main je tadi.''
Aryan mengeluh. ''Fina betul ke
apa yang Fina cakap ni? Betul ke Fina nak kahwin dengan abang? Ke Fina buat
macam ni sebab Rafique. Abang tak nak Fina kahwin dengan abang tapi hati Fina
tak rela nak kahwin dengan abang. Nanti hanya buat hati Fina merana je.''
Safina memandang sekilas Aryan
kemudian dia memandang ke depan.'' Fina rela bang. Bukan sebab nak balas dendam
dekat Rafique, Fina nak kahwin dengan abang sebab....'' Safina tidak meneruskan
ayatnya sebaliknya dia mengambil sesuatu dalam beg tangannya.
Aryan hanya melihat gelagat
Safina. Dia masih tertanya-tanya kenapa Safina tidak meneruskan ayatnya.
Apabila Safina mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya, mata Aryan terbuntang.
Diari miliknya ada di tangan Safina!
''Ma..Macam mana Fina dapat diari
abang ni?'' tergagap-gagap Aryan tanya Safina. Rahsianya telah terbongkar!
Safina hanya tersenyum
sinis.''Macam mana Fina dapat? Fina dapat ni masa Fina datang rumah abang. Tapi
waktu tu abang tak ada kat rumah. Fina sebenarnya nak jumpa auntietapi Fina tergerak hati nak
pergi bilik abang. Fina tau Fina salah sebab menceroboh bilik peribadi abang
dan ambil diari ni. Tapikan Fina tak sangka sebab dalam bilik abang tu penuh
dengan gambar Fina ya. By the
way, Fina suka sangat.''
Aryan tersenyum. ''Fina suka? Thanks..''
''Tapikan satu je Fina tak suka
dengan abang.''
''Apa dia?''
''Kenapa bilik abang tu bersepah
sangat. Macam rumah lepas Tom and Jerry gaduh ada, macam Kapal Titanic pun ada.
Fina tak sukalah bilik bersepah. Menggelikan.'' kata Safina.
'' Alaa..anak teruna memang macam
ni Fina. Auntie pun ada membebel macam Fina tapi abang buat derk je. Kecualilah
kalau abang ada wife baru bilik abang bersih plus berseri. Hehehe...'' usik
Aryan sambil menjeling Safina.
Safina terbatuk-batuk. 'Aihh..ayat
dia ni macam nak suruh aku kahwin cepat ngan dia je. Tapi aku rasa macam seram
pulak kalau nak kahwin dengan dia ni. Tengok perangai miang dia ni, naik bulu
roma aku. Eee..simpang.'getus Safina
''Hmm..kalau macam tu kahwinlah
cepat. Nanti bilik abang tu tak adalah tikus
and the gengnak datang.''
''Abang on je kalau nak kahwin
tapi orang tu dah sedia ke?'' tanya Aryan.
''Dah..'' dengan penuh selamba
Safina menjawab. 'Ehh..jap tadi dia ada tanya aku yang aku dah sedia kahwin
dengan diakan? Aku jawab dah. OMG..habislah aku!'
Safina menjeling Aryan dengan
ekor matanya. Dia melihat Aryan tersengih-sengih sampai ke telinga. Boleh buat
iklan gigi Colgate.
''Dah.. Alhamdulillah. Bolehlah
abang minta auntie cepat-cepat hantar meminang and thenminta terus kahwin. Tak
payah nak bertunang, Bertunang hanya buat abang seksa sebab nak tunggu lama
sangat. Tak sabar nak peluk Fina hehehe...'' nakal Aryan menjawab. Safina yang
mendengar nak termuntah rasanya.
''Hee...you are
so naughty boy..'' jerit Safina.
''Naughty-naughty pun bakal suami awakkan..hehe..''
''Yarks..nak muntah dengar.'' kata
Safina dengan gaya meluat. Sekali tengok macam minah gedik kena gigit dengan
ulat beluncas.
''Whatever..'' balas Aryan selamba.
Safina dan Aryan berpandangan.
Safina pandang Aryan. Aryan pandang Safina. Tidak sampai satu saat mereka
ketawa. Bahagia!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
''Aku terima nikahnya Safina
Aulia Binti Ahmad Roziman dengan mas kahwin lapan ratus ringgit tunai.'' lafaz
Aryan dengan penuh semangat.
Safina yang mendengar mengalirkan
airmata. Bukan airmata sedih tetapi airmata yang penuh gembira. Dengan sekali
lafaz, dia sudah menjadi permasuri sehidup-semati untuk seorang kaum Adam yang
bernama Syed Adam Aryan. Sujud syukur dilakukan selepas upacara akad nikah.
Tidak terucap kegembiraannya pada masa itu.
Selesai upacara bersanding, makan
beradab bersama keluarga diadakan. Ketika enak menjamu selera, tiba-tiba datang
seorang lelaki.
Aryan dan Safina hanya memandang.
Tidak menegur. Diam seribu bahasa.
''Tahniah Fina, Aryan. I hope you all happy.'' ucap
Rafique.
''Thanks.'' jawab mereka
serentak.
''Aku datang sini nak kasi ni.
Hadiah sempena perkahwinan korang. Harap korang terima hadiah tak seberapa dari
aku.'' kata Rafique.
''Eh..setiap pemberian orang kami
terima dengan ikhlas. Besar, kecil, mahal atau murah, kami tak kesah kan
baby.'' kata Aryan seraya memeluk pinggang Safina.
Rafique yang melihat gelagat
Aryan terasa sentap. Gelaran 'baby' menghiris hatinya. Kalau dia tak putuskan
hubungannya dengan Safina dulu mungkin gelaran 'baby' tu dia yang akan cakap
Dia tersenyum pahit bak hempedu. Apa yang dia boleh buat. Orang disayanginya
telah dimiliki oleh sahabatnya sendiri. Tapi sebenarnya kalau tak kerana dia
juga semua ni tidak akan terjadi.. Lebih baik dia pergi dari situ sebelum ada
adegan-adegan yang boleh menyakitkan hatinya lagi.
''Hmm..Aryan, Fina. I have to go now. Takut terlepas flight.''
''Kau nak pergi mana Que?'' tanya
Aryan dengan muka berkerut.
''Aku nak pergi sambung belajar
kat UK.''
''How about your relay with your girlfirend?''
tanya Safina setelah lama mendiamkan diri.
Rafique hanya tersenyum hambar.
''Mungkin ni balasan Allah untuk Que sebab hancurkan hati seorang perempuan
yang ikhlas cintakan Que. Que dah putus dengan dia. Dia ada orang lain. Rupanya
selama ni Que sudah ditipu hidup-hidup dengan dia. Dia hanya nak duit Que je.''
Safina yang mendengar berasa
belas kasihan. ''Mungkin itu ujian Allah untuk Que. Mana tau nanti Que jumpa
perempuan yang lebih baik dari perempuan-perempuan yang pernah Que jumpa. Fina
harap Que dapat bertemu dengan tulang rusuk Que.'' kata Safina sambil tersenyum.
''Thanks bagi kata-kata semangat
kat Que.''
''Ehem-ehem..'' Aryan berdeham.
Sebenarnya dia jealous melihat kemesraan yang ada dihadapannya. 'Sakit tau hati
kita ni. Ingat orang ni patung cendana ke?' getus Aryan dengan muka cemberut
bagaikan anak kecil tak dapat apa yang diminta. Elok sangatlah buat muka macam
tu waktu hari bahagia. Orang selalu buat muka bahagia, dia buat muka masam
macam asam kecut.
''Huk aloh..bro takkan kau nak
jealous kot? Aku baru cakap sikit dengan your
wife, kau nak jealous mengalahkan kami orang ni bermesra bagai.
Payahlah Fina nak kena pujuk kau tiap-tiap hari..'' usik Rafique.
''Heay..mestilah aku kena
jeles-meles. Dia bini aku tau.'' sakit pula hati dia bila diusik Rafique.
Hilang machonya depan Safina.
Safina hanya tergeleng-geleng
memandang dua sahabat yang bertekak manja itu. Manja ke? Agaknyalah.
Gaduh-gaduh biasa je. Kejap lagi berbaiklah tu. Biasalah adab berkawan, memang
macam tu kan? Apapun dia bersyukur sangat kerana dia sudah memiliki seorang
suami yang selama ini dianggap sebagai abang angkat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
5 bulan kemudian...
''B!!'' jerit Fina.
''Ye..baby. Kenapa ni? nak
bersalin dah ke? Jap-jap B pergi ambil kunci kereta jap.''
Safina ketawa melihat gelagat
Aryan yang hyper kalut tu.
''B..sinilah baby nak bagi
sesuatulah.''
''Ya Allah..baby ni saja je kan
nak takutkan B? nasib baik B tak sakit jantung tau tak.'' Hah ni lagi sorang
ikut perangai Fasha alaa..ex housematenya dulu. Kuat membebel. Sejak dia
hamil ni, ada saja Aryan nak membebel. Jangan anak dalam perut ni ikut perangai
macamdaddy dia sudahlah. Tak tahan mummy ni nak
tadah telinga.
Oh ya..cakap pasal Fasha, dia dah
kahwin dengan pilihan hatinya. Handsome jugahusband dia tu tapi tak boleh
tandinglah dengan dia punya husband.
Lagi handsome plusromantik.
''Baby..Dari tadi B tanya apa
benda yang baby nak bagi kat B ni?'' tanya Aryan .
''Ni hah..ada kad undangan dari
Rafique. Dia dah nak kahwin. Takkan kawan baik B tu tak bagitahu?''
''Tak adalah pula. Mungkin dia
nak buat kejutan untuk kita kot. tapi Alhamdulillah. Dapat juga dia jumpa jodoh
dia tu kan baby?''
''Hmm..that's
right B.. Setelah apa
yang telah dilalui oleh kita dulu, dapat juga kita bertemu kebahagiaankan B''
kata Safina sambil menyandarkan kepalanya di bahu Aryan.
''Yes..and tak lama lagi ada orang baru yang akan
menambahkan lagi kebahagiaan kita ni.'' kata Aryan sambil mengusap perut Safina
yang mula menunjukkan bentuk. Safina hanya tersenyum.
'Terima kasih Allah kerana beri
kebahagiaan yang tak terucap ini kepadaku. Aku harap kebahagiaan ini akan kekal
hingga ke Jannah dan Aku berharap selepas ini tiada derita yang akan mengikuti
perjalananku lagi. Amin..' doa Safina dalam hati.
*p/s: kalau ada apa-apa kesalahan
atau perasaan tidak puas hati, sila beritahu saya. Saya hanya budak baru
belajar. Smile always. =)
+harap anda semua dapat
tinggalkan komen.. tunggu yuni buat cerpen lain pulak..tata.. =)